Wednesday, March 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 400 penumpang kereta api ditahan sebagai tebusan

    PAKISTAN, 11 MAC – Kumpulan bersenjata menahan ratusan penumpang kereta api sebagai tebusan hari ini dalam kepungan berterusan yang didakwa dilakukan kumpulan pemisah di sebalik peningkatan keganasan di barat daya Pakistan.

    Kumpulan tersebut mencederakan pemandu ketika mereka mengawal kereta api di kawasan pergunungan terpencil di wilayah Balochistan yang bersempadan dengan Afghanistan dan Iran.

    “Lebih 450 penumpang di dalam kereta api telah dijadikan tebusan oleh lelaki bersenjata,” kata pegawai kanan kerajaan kereta api di Quetta, ibu kota wilayah itu, Muhammad Kashif, kepada AFP.

    “Penumpang termasuk wanita dan kanak-kanak,” tambahnya.

    Serangan itu diakui dilakukan Tentera Pembebasan Baloch (BLA) yang memperjuangkan kemerdekaan dan menuduh orang luar mengaut keuntungan daripada kekayaan wilayah itu.

    Dalam satu kenyataan, ia berkata lelaki bersenjata mengebom landasan kereta api sebelum menyerbu kereta api.

    “Kumpulan bersenjata dengan pantas mengawal kereta api dan telah menjadikan semua penumpang sebagai tebusan,” kata kenyataan yang dikeluarkan kepada media.

    Kumpulan itu memberi amaran tentang akibat yang buruk jika sebarang percubaan dibuat untuk menyelamatkan tebusan.

    Insiden itu berlaku sekitar 1 petang di daerah Sibi, berhampiran stesen bandar di mana ia sepatutnya berhenti. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda