TIANJIN, 25 JUN – Polis di Perbandaran Tianjin, China telah menahan 4,087 suspek jenayah dadah sejak Jun tahun lepas, biro keselamatan awam perbandaran mengumumkan pada sidang media hari ini.
Tianjin melancarkan satu siri kempen untuk memerangi jenayah dadah pada bulan Jun 2018.
Mereka merampas 35 tan bahan kimia yang boleh digunakan untuk membuat dadah, kata Zhao Shaozhong, pengarah pasukan anti-dadah biro itu.
Stesen kerja pemulihan dadah yang berpusat di kediaman masyarakat di sini telah dibina di Tianjin sejak 2018. Setakat ini, 220 stesen kerja tersebut telah ditubuhkan dengan 718 kakitangan profesional untuk membantu memulihkan penagih dadah.
Untuk menggalakkan orang ramai untuk mengambil bahagian dalam kempen anti-dadah, perbandaran telah berjanji untuk memberi ganjaran se-hingga 300,000 yuan (kira-kira AS$43,600 dolar) kepada orang yang melaporkan jenayah dadah kepada polis. – Xinhua