SEOUL, KOREA SELATAN, 2 DIS – Pegawai Korea Selatan menggesa penduduk supaya tinggal di rumah jika boleh dan membatalkan semua perhimpunan tatkala setengah juta pelajar bersedia untuk menduduki peperiksaan kolej seluruh negara. Timbalan Menteri Pendidikan Park Baeg-beom berkata 490,000 pemohon setakat ini termasuk 35 pembawa virus akan mengambil peperiksaan esok di hospital atau pusat rawatan.