NEW DELHI, 23 Ogos – Lebih 450 orang cedera, sebahagiannya dalam keadaan kritikal, semasa festival perayaan di tengah India, Madhya Pradesh pada Selasa, lapor media tempatan.
Perayaan ini dipanggil ‘Gotmar’ merupakan upacara tahunan. Laporan berkata polis melepaskan tembakan gas pemedih mata berikutan perhimpunan tersebut menjadi tidak teratur semasa perayaan itu.
Insiden itu berlaku di daerah Chhindwara, sekitar 263km barat daya Bhopal, ibukota Madhya Pradesh.
Penduduk tempatan berkata semasa perayaan itu, penduduk daerah Sawargaon dan Pandhurna berkumpul di kedua-dua sisi sungai Jaam dan melemparkan batu di antara satu sama lain.
Orang ramai berlumba-lumba untuk mendapatkan bendera yang dinaikkan di atas sebuah pokok yang dipasang di tengah-tengah sungai, sebagai sebahagian acara penting dalam festival tersebut.
“Dalam keadaan huru-hara itu, lebih 450 orang cedera dalam perhimpunan tersebut,” media tempatan memetik seorang pegawai kanan polis sebagai berkata. – Xinhua