Thursday, July 17, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 5 juta rakyat Kazakhstan lengkap vaksinasi

    NUR-SULTAN, 7 SEPT – Seramai 5,711,392 penduduk Kazakhstan telah lengkap dua dos vaksin COVID-19 sehingga hari ini, lapor Agensi Berita Kazakhstan (KAZINFORM). Kementerian Kesihatan menerusi akaun Telegram memaklumkan seramai 6,882,241 orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat ini. Sementara itu, sebanyak 3,583 kes jangkitan COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda