Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 50 keluarga terima sumbangan MBB

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Lebih dari 50 buah keluarga dari keempat-empat daerah di seluruh negara telah menerima sumbangan daging korban sempena Majlis Ibadah Korban Sunat Hari Raya Aidiladha anjuran Majlis Belia Brunei (MBB), kelmarin.

    Majlis ibadah korban berkenaan telah dilancarkan oleh Yang Di-Pertua MBB, Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari.

    Sejumlah 315 kilogram daging daripada seekor sapi telah disampaikan kepada para peserta di Dewan Serba guna Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dan sebahagian daripada daging-daging korban tersebut diagihkan melalui penghantaran oleh sukarelawan belia kepada keluarga asnaf.

    Antara objektif sambutan tersebut adalah untuk membina ukhuwah dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan umat Islam di Negara Brunei Darussalam serta memupuk nilai-nilai kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

    Antara keluarga yang menerima sumbangan daging korban. – Gambar oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Syahmi Hassan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda