Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 50 orang awam, tiga pekerja PBB maut di Sudan

    KHARTOUM, 16 APRIL – Pertempuran di Sudan berterusan hari ini dalam persengketaan antara jeneral saingan yang merampas kuasa pada 2021, menyebabkan lebih 50 orang awam termasuk tiga kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbunuh dan mencetuskan kebimbangan antarabangsa.

    Letupan yang dahsyat dan tembakan kuat telah menggegarkan bangunan di pinggir bandar utara dan selatan yang padat dengan penduduk Khartoum ketika kereta kebal berderam-derum di jalan raya dan jet pejuang menderu di ruang udara, kata saksi.

    Keganasan meletus awal kelmarin selepas perebutan kuasa berlaku berminggu-minggu antara ketua tentera Abdel Fattah al-Burhan dan timbalannya, Mohamed Hamdan Daglo, komander Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera bersenjata lengkap, dengan masing-masing menuduh antara satu sama lain memulakan pergaduhan.

    “Tembakan dan letupan tidak henti-henti,” kata Ahmed Hamid, 34, dari pinggir bandar Khartoum utara.

    “Keadaan ini sangat membimbangkan dan nampaknya ia tidak akan reda dalam masa terdekat,” menurut seorang lagi penduduk Khartoum, Ahmed Seif, yang bimbang bangunannya telah rosak akibat tembakan tetapi berkata terlalu berbahaya untuk pergi ke luar bagi memeriksanya.

    Kedua-dua pihak mendakwa mereka mengawal lokasi penting, manakala televisyen negeri menyiarkan lagu-lagu patriotik tanpa ulasan.

    RSF Daglo berkata mereka telah merampas istana presiden, lapangan terbang Khartoum dan tapak strategik lain, tetapi tentera menegaskan mereka bertanggungjawab.

    Rakaman yang diperoleh AFP menunjukkan asap tebal berkepul-kepul dari sebuah bangunan berhampiran ibu pejabat tentera di Khartoum, dengan tentera mengatakan sebuah bangunan telah terbakar di tengah-tengah pertempuran tetapi ia telah dikawal. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda