Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 50 sertai acara Quickstep

    Oleh Salawati Haji Yahya –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Lebih 50 orang menyertai acara Quickstep Perpustakaan Muara sejauh 5 kilometer menuju Pantai Tanjong Batu yang bermula dan berakhir di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Muara, hari ini.
     
    Acara disertai oleh Pemangku Ketua Kampung Rancangan Perumahan Negara (RPN) Serasa dan Pemangku Ketua Kampung Serasa, Awang Abdul Hamid bin Haji Zinin.
     
    Terdahulu acara pelepasan acara, peserta menyertai sesi senamrobik yang diadakan di perkarangan perpustakaan berkenaan.
     
    Objektif utama acara adalah untuk memberikan kesedaran dalam usaha menjaga kesihatan di samping menanamkan sikap bersatu padu serta bersilaturahim antara masyarakat sekeliling yang mana bertepatan dengan Hari Kesihatan Sedunia.
     
      Selain itu, acara berkenaan juga untuk membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas, selain mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan penduduk kampung bagi mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak.
     
    Acara tersebut dianjurkan dengan kolaborasi bersama Pemangku Ketua Kampung Serasa, pegawai dan kakitangan perpustakaan Muara serta kerjasama ahli kelab dewasa dan muda-mudi perpustakaan berkenaan.
     
    Turut hadir pada acara itu ialah Ketua Kampung Kawasan 2, RPN Meragang, Awang Mohammad bin Haji Tamin dan ahli perpustakaan, ahli-ahli jawatankuasa dan penduduk Kampung Mukim Serasa dan sekitarnya, kakitangan DBP serta orang ramai.
     
    Awang Abdul Hamid semasa menyertai senamrobik yang diadakan di perkarangan Perpustakaan DBP Muara, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN DBP MUARA
    Antara yang menyertai dalam acara Quickstep yang diadakan. – GAMBAR SERAHAN DBP MUARA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda