Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 50 sertai Sesi Jangkauan Masyarakat di Temburong

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    TEMBURONG, 10 Sept – Lebih 50 peserta terdiri daripada ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE), ketua kampung dan ahli majlis perundingan kampung (MPK) menghadiri Sesi Jangkauan Masyarakat anjuran Digital Brunei di Dewan Serbaguna, Kompleks Utama Bumiputera, Pekan Bangar, Daerah Temburong, hari ini.

    Acara tersebut, dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Daerah Temburong dan PKWE, bertujuan memupuk celik digital dalam kalangan warga emas dan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dalam talian.

    Dalam sesi taklimat pertama, peserta didedahkan kepada isu-isu semasa berkaitan berita palsu dan penipuan dalam talian melalui pembentangan oleh Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei (AITI), diikuti dengan pembentangan daripada Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengenai statistik jenayah siber dan kajian kes di Negara Brunei Darussalam.

    Cyber Security Brunei (CSB) pula membentangkan langkah-langkah keselamatan dalam mengelakkan penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), diikuti oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) yang mengetengahkan etika digital serta penipuan dalam talian yang lazim berlaku.

    Acara turut diserikan dengan pameran produk digital termasuk dompet digital Ding!, iaitu ciri baharu pada aplikasi Progresif CARE+ oleh Progresif Sdn Bhd, dan seterusnya pengenalan perkhidmatan inovatif penghantaran farmaseutikal oleh Go Rush.

    Acara tersebut diharapkan dapat memperkasa para peserta dalam menghadapi landskap digital yang semakin berkembang.

    Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Nasir.

    Wakil dari BIBD semasa menyampaikan taklimat pada acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN AITI
    Antara yang hadir pada Sesi Jangkauan Masyarakat di Daerah Temburong sempat bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN AITI
    GAMBAR SERAHAN AITI
    ATAS & BAWAH : Antara yang hadir pada acara itu. – GAMBAR SERAHAN AITI
    GAMBAR SERAHAN AITI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda