Thursday, January 9, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 500 ekar ladang candu dimusnahkan di timur Myanmar

    YANGON, 7 JAN – Polis Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar, lapor akhbar harian Myanma Alinn yang dikendalikan kerajaan hari ini.

    Ladang itu terletak di bandar Panglong di perbandaran Loilem di negeri Shan, katanya.

    Ladang candu, yang ditanam di kawasan berbukit dan di lereng gunung, telah dihapuskan antara 31 Disember 2024 hingga kelmarin, tambahnya.

    Kira-kira 960 ekar ladang candu turut dimusnahkan di kawasan sama antara 7 hingga 15 Disember tahun lalu. – Xinhua

    Gambar menunjukkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal bekerja di ladang candu semasa pertempuran antara tentera Myanmar dan KNDF (Pasukan Pertahanan Kebangsaan Karenni) di sempadan Negeri Karen dan selatan Negeri Shan pada 26 Februari lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda