Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 500 hadiri Gema Syawal BIBD

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Daniel Lim

    BELAIT, 9 MEI – Dalam menunjukkan penghargaan dan meraikan hubungan yang kukuh dengan pihak berkepentingan di Daerah Belait, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah menganjurkan Gema Syawal di Hotel V Plaza, hari ini.

    Majlis telah dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada wakil-wakil sektor awam, perniagaan terkemuka dan tokoh masyarakat, dalam sama-sama menikmati perayaan dan penglibatan peribadi dengan pengurusan kanan BIBD dan kakitangan utama.

    Penganjur majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Awang Junaidi bin Haji Masri telah mengalu-alukan tetamu yang hadir, bersama pasukan pengurusan kanan serta kakitangan dan kakitangan bank.

    Menurut kenyataan BIBD, hari ini, majlis berkenaan diadakan untuk mempromosi nilai kemurahan hati dan semangat kemasyarakatan serta mengukuhkan hubungan bank dengan mereka yang telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaan BIBD, ekonomi dan negara.

    BIBD pada majlis itu, turut mempamerkan salah satu kerjasama dinamik dan produktif dengan kerajaan iaitu Projek Tunas yang mana inisiatif berkenaan selaras dengan komitmen bank untuk menyediakan keterangkuman kewangan dengan menyasarkan segmen yang memerlukan sokongan dan peningkatan kemahiran melalui keusahawanan program di bawah jangkauan perusahaan sosial BIBD.

    Awang Junaidi bergambar ramai bersama wakil-wakil daripada sektor awam, perniagaan terkemuka dan tokoh masyarakat pada majlis tersebut.
    Para tetamu mengunjungi petak Projek Tunas semasa majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda