Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 500 hadiri Seminar Majlis Ilmu

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Lebih 500 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan dan sektor swasta, ahli akademik, penyelidik, guru-guru, ahli takmir dan muslimah masjid, para belia, mahasiswa, mahasiswi, pelajar-pelajar serta masyarakat umum, hari ini, telah menghadiri Seminar Majlis Ilmu 2025 bersempena Majlis Ilmu 2025 yang mengusung tema, ‘Negara Ditanai Dengan Sedekah’.

    Seminar yang melaksanakan tiga sidang utama itu berlangsung di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

    Pada sidang pertama yang bertajuk, Fadilat dan Keberkatan Sedekah dalam Maqasid Syariah, ia telah dipengerusikan oleh Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei, Jabatan Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ustaz Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin.

    Hadir pada sesi pertama berkenaan, Ketua Hakim Syar’ie, Jabatan Kehakiman Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar.

    YB Pehin Orang Kaya Paduka Seri Setia Haji Salim yang menghadiri sidang pertama Seminar Majlis Ilmu 2025, hari ini. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    Semasa sidang pertama berkenaan, pembentangan kertas kerja oleh Penolong Mufti (Ifta’), Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Setia Dr Haji Dennie bin Haji Abdullah dengan kertas kerja bertajuk, Fatwa dan Hukum-Hukum Berkaitan Sedekah di Brunei Darussalam, Pensyarah Fakulti Syariah dan Ketua Program Lepas Ijazah Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i (PPMS), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Cecep Soleh Kurniawan dengan kertas kerja bertajuk, Sedekah dalam Bingkai Maqasid Al-Shariah : Instrumen Kebajikan dan Kesejahteraan Lestari serta Penolong Kanan Profesor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Dr Haji Harapandi bin Dhari dengan kertas kerja bertajuk, Amalan Sedekah: Meraih Keberkatan Dunia dan Akhirat.

    Dato Seri Setia Dr Haji Dennie membentangkan kertas kerja, Fatwa dan Hukum-Hukum Berkaitan Sedekah di Brunei Darussalam.

    Sementara itu pada sidang kedua yang membawa tema, Sedekah Pemangkin Pembangunan Negara dari Kesejahteraan Sosial, telah dipengerusikan oleh Pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Muhammad Fuad bin Matahir.

    Hadir pada sidang berkenaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    YB Dato Seri Setia Haji Ahmaddin yang menghadiri sidang kedua Seminar Majlis Ilmu 2025, hari ini.

    Pembentang-pembentang bagi sidang kedua, Presiden Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) Brunei, Mohd Yusof bin Halim dengan kertas kerja bertajuk, Pemerkasaan Sedekah di Negara Brunei Darussalam : Pengalaman Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM), Penolong Pengarah Urusan, Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Iswandy bin Ahmad dengan kertas kerja bertajuk, Sumbangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam Pembangunan Sosial dan Kebajikan serta Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Fauziah binti Haji Salleh dengan kertas kerja bertajuk, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM): Sebagai Wadah Sedekah dan Kebajikan Negara dalam Memelihara Golongan yang Memerlukan di Negara Brunei Darussalam.

    Manakala itu, sidang ketiga bertajuk, Kelestarian dan Transformasi Sedekah, telah dipengerusikan oleh Penolong Profesor Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam, Pengiran Dr Norhazlin bin Pengiran Haji Muhammad.

    Panel pembentang bagi sidang pertama Seminar Majlis Ilmu 2025.

    Hadir pada sidang ketiga berkenaan, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohammad.

    Pembentang-pembentang kertas kerja pada sidang berkenaan ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ustaz Muhammad Yussof bin Haji Abdul Majid dengan kertas kerja bertajuk, Impak Sedekah Terhadap Aspek Psikologi Individu dan Dimensi Sosial, Penolong Ra’es III, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Dr Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk dengan kertas kerja bertajuk, Memupuk Jiwa Pemurah/Memberi dalam Kalangan Generasi Muda, Pemangku Penolong Pengarah Urusan 1 dan Pemangku Ketua Pegawai Operasi Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Haji Mohammad Yusri bin Haji Wahsalfelah dengan kertas kerja bertajuk, Inovasi Digital dalam Menggerakkan Budaya Sedekah serta Penolong Profesor, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Hajah Ummi Fa’izah binti Haji Abdul Rahman, dengan kertas kerja bertajuk, Membudayakan Amalan Sedekah dalam Kalangan Masyarakat.

    Di antara mereka yang menghadiri Seminar Majlis Ilmu 2025. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    Seminar itu memberikan peluang kepada para hadirin untuk meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan penghayatan mengenai kelebihan serta kebaikan amalan bersedekah dan bersifat pemurah.

    Ia juga dapat menimbulkan kesedaran masyarakat akan tanggungjawab sosial terhadap golongan yang memerlukan supaya mereka sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda