Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 500 pekerja tahun ini atas kesalahan tatatertib

    BERLIN, 1 OKT – Kumpulan Volkswagen (VW) memecat lebih 500 pekerja sepanjang tahun ini atas kesalahan tatatertib, menurut pengeluar kereta Jerman itu kelmarin, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Jurucakap VW berkata sebab pemecatan termasuk ketidakhadiran tanpa alasan dan pelanggaran peraturan, sekali gus mengesahkan laporan akhbar harian Jerman, Bild.

    Berdasarkan penerbitan dalaman, akhbar tabloid itu melaporkan bahawa seramai 548 pekerja di seluruh dunia telah dipecat dalam separuh pertama tahun ini kerana melanggar peraturan.

    VW memperkenalkan statistik dalaman mengenai amaran dan pemecatan sebagai sebahagian daripada langkah susulan selepas skandal mengenai pelepasan diesel yang tercetus pada 2015. – Bernama

    Orang ramai mengunjungi pameran kereta Jerman Volkswagen pada hari pembukaan Pameran Motor Antarabangsa IAA, di Munich, selatan Jerman pada 9 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda