Friday, February 21, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 500 sertai bengkel perbaiki solat anjuran Nuqra

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Dalam usaha memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan ibadah solat sebagai persiapan menyambut Ramadan, lebih 500 orang peserta menyertai Bengkel Solat: Perfect Solat, Perfect Ramadhan anjuran Pusat Pembelajaran Al-Quran Nuqra bertempat di Masjid Universiti Brunei Darussalam baru-baru ini.

    Bengkel yang dipimpin oleh Ustaz Dr Haji Noralizam bin Haji Aliakbar berkenaan memberi pengetahuan melalui latihan praktikal dan panduan secara langsung mengenai tatacara solat yang betul dan diilengkapi pemahaman mendalam tentang rukun-rukun solat.

    Melalui sesi interaktif bersama penceramah berpengalaman, peserta bukan sahaja berpeluang bertanya soalan, malah turut memahami kepentingan menyempurnakan solat sebagai persediaan rohani untuk Ramadan.

    Bengkel berkenaan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan ramai peserta meluahkan penghargaan ke atas ilmu dan bimbingan yang diberikan. Salah seorang peserta menyatakan: “Bengkel ani dapat menghalusi dan saya lebih yakin dengan solat saya. Bengkel ini sangat membantu dalam mempersiapkan diri untuk Ramadan.”

    Penganjur berharap agar peserta dapat mengamalkan ilmu yang diperoleh dan mengekalkan kesungguhan dalam memperbaiki solat, khususnya sepanjang Ramadan yang akan datang.

      Antara aktiviti semasa bengkel berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN NUQRA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda