Monday, December 2, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 500 sertai BHM edisi BMW ke-5

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS- Lebih 500 orang telah menyertai Brunei Half Marathon (BHM) 2024 Edisi BMW kali ke-5 bertempat di Budiman Walk, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini.

    Muncul sebagai johan Kategori Lelaki Terbuka ialah Denis Isika manakala Kategori BMW Lelaki Terbuka pula dimenangi oleh Bokhari Sofian.

    Seterusnya, Kategori Wanita Terbuka dimenangi oleh Siaw Khim Tho, dan Kategori BMW Wanita Terbuka dimenangi oleh Jia Jia Yap.

    Hadir bagi merasmikan pelepasan acara larian berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; dan Timbalan Setiausaha Tetap 1 di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Haji Muhd Yusree bin Haji Junaidi.

    Acara yang dikenali sebagai Edisi BMW itu turut menarik perhatian 30 pelari antarabangsa, termasuk peserta dari Malaysia dan United Kingdom.

    Acara anjuran bersama Akif Event Management dan ditaja oleh QAF Auto Sdn Bhd bersama beberapa buah syarikat itu merupakan acara pertama di negara ini yang menerima pengiktirafan Kursus Persijilan Olahraga Dunia untuk kedua-dua laluan 21 kilometer (km) dan 10km.

    Pengiktirafan berprestij daripada kursus yang berpangkalan di Monaco itu, merupakan bukti kepada kualiti dan pengurusan luar biasa BHM.

    Selain itu, BHM juga diterima sebagai ahli oleh Persatuan Maraton Antarabangsa dan Perlumbaan Jarak Jauh (AIMS), yang mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah satu acara larian jarak jauh terkemuka.

    Para pemenang bergambar ramai semasa acara tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda