YANGON, 30 MAC – Lebih 500 orang maut dalam siri demonstrasi bagi membantah rampasan kuasa oleh junta Myanmar, menurut kumpulan pemerhati tempatan hari ini.
Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik (AAPP) mengesahkan 510 orang awam sudah terkorban tetapi tidak menolak angka sebenar mungkin lebih tinggi.
Pada 1 Februari lalu, junta merampas kuasa selepas menahan Aung San Suu Kyi yang juga Kaunselor Negara dan Presiden Myanmar, Win Myint.
Rampasan kuasa berlaku selepas junta Myanmar menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu.
Junta Myanmar kemudian mengisytiharkan darurat selama setahun dan melantik Panglima Angkatan Tenteranya, Jeneral Min Aung Hlaing sebagai pemangku Presiden. – AFP