MELBOURNE, 14 JULAI – Pemain penyerang Manchester City, Mary Fowler, berhasil mencipta gol tunggal ketika pasukan Australia itu dalam persiapan mereka untuk Piala Dunia Wanita dengan mengalahkan Perancis yang berada di kedudukan kelima, berakhir dengan keputusan 1-0 di hadapan lebih daripada 50,000 penyokong, hari ini.
Kejayaan tersebut memastikan pasukan tuan rumah memulakan perlawanan pembukaan mereka dalam Piala Dunia menentang Ireland di Sydney pada minggu depan dengan kemenangan.
Gol yang dihasilkan oleh Fowler pada minit ke-66 menjadi faktor penentu dalam perlawanan persahabatan tersebut. Perlawanan itu disaksikan oleh 50,629 penonton yang memenuhi stadium di Melbourne, jumlah terbesar yang dicatatkan dalam pasukan wanita Australia di negara itu.
Bagaimanapun, kekalahan itu menamatkan rekod kemenangan tiga perlawanan berturut-turut jurulatih Perancis, Herve Renard sejak melepaskan kontrak lumayan dengan pasukan bola sepak lelaki dari Arab Saudi untuk mengambil alih, apabila bekas pengurus, Corinne Diacre dipecat Mac lalu.
Di samping itu, Renard turut bimbang dengan kecederaan yang dialami pemain pertahanan Lyon, Selma Bacha setelah dia diusung keluar pada minit-minit akhir perlawanan sambil memegang buku lali kirinya.
“Saya menemuinya, semua orang berkumpul di sekelilingnya. Pergelangan kakinya terseliuh dan kami berharap ia tidak terlalu serius. Ini adalah berita terburuk malam ini,” kata Renard.
Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan hampir semua skuad terbaik mereka dan mendapat peluang awal selepas permulaan yang sengit, dengan Australia mengancam dalam serangan balas.
Namun, pada minit ke-16 rembatan kencang Bacha berjaya ditepis dengan baik oleh penjaga gol, Mackenzie Arnold. – AFP
