Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Lebih 500kg kokain dirampas dari kontena, tiga ditahan

    SYDNEY, 2 SEPT – Pihak berkuasa Australia menahan dan mendakwa tiga lelaki susulan rampasan lebih 500 kilogram (kg) kokain yang ditemukan dalam sebuah kontena perkapalan dari Eropah yang tiba di Sydney, menurut polis hari ini, lapor Xinhua.

    Pasukan khas pelbagai agensi terdiri daripada penyiasat Polis Persekutuan Australia dan pasukan polis tempatan di negeri pantai timur New South Wales mengumumkan penahanan itu selepas siasatan ke atas pekerja di pelabuhan Sydney yang dipercayai terlibat dalam memudahkan penyeludupan dadah.

    Menurut kenyataan pihak berkuasa, penyiasat menerima maklumat risikan bahawa sekumpulan individu merancang mengeluarkan dadah daripada sebuah kontena semasa ia disimpan di sebuah kemudahan kargo.

    Seorang pemandu foklif, lelaki berusia 38 tahun didakwa mengalihkan kontena di sekitar kemudahan itu untuk mengakses kontena tertentu pada awal pagi Ahad sebelum seorang lelaki kedua, berusia 25 tahun, memasuki kontena itu bersama beg.

    Dia ditahan ketika keluar dari sebuah kontena, dan polis menemukan beberapa peralatan yang didakwa digunakan untuk memotong dinding di bahagian belakang kontena.

    Pasukan pakar kemudian hadir dan berjaya menanggalkan dinding itu sebelum menemukan 506 blok seberat satu kilogram setiap satu berisi serbuk putih yang disahkan sebagai kokain. Menurut polis, jumlah rampasan itu melebihi A$164 juta (AS$108 juta). – Bernama

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...