Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 5,247 maut angkara Boko Haram

    YOLA, 31 Dis – Majlis Islam Negeri Adamawa, Nigeria mengatakan sekurang-kurangnya 5,247 orang Islam terbunuh dalam tempoh empat taun lalu di bahagian utara negara angkara Boko Haram.

    Laporan itu didedahkan hari ini menambahkan bahawa lebih 5,000 orang di negeri itu cedera sejak 2003. Laporan itu disampaikan kepada gabenor Adamawa, Alhaji Muhammadu Bindow, mendesak untuk lebih banyak bantuan kepada mangsa dan pembinaan semula tempat-tempat ibadat dan sekolah.

    Ia juga mengesyorkan bagi meningkatkan keselamatan dan bantuan kewangan kepada kumpulan pertahanan yang membantu tentera memerangi Boko Haram.

    Laporan itu mengatakan lebih daripada 12,700 harta benda termasuk rumah, masjid, ternakan dan hasil ladang

    bernilai AS$220 juta telah musnah di negeri itu. Kumpulan ekstremis Islam yang berpangkalan di Nigeria telah membunuh lebih 20,000 orang dalam tempoh pemberontakan selama lapan tahun. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda