Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 540 kanak-kanak maut secara purata setiap bulan di Gaza

    ISTANBUL, 20 OGOS – Lebih 540 kanak-kanak menjadi korban secara purata setiap bulan di Gaza sejak serangan Israel disambung semula pada Mac lepas, menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) kelmarin.
     
    Sementara itu, Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memberi amaran bahawa tempat perlindungannya telah bertukar menjadi ‘tempat kematian’ bagi orang awam, lapor agensi Anadolu (AA).
     
    “Di Gaza, sekolah-sekolah UNRWA telah menjadi tempat perlindungan bagi ratusan ribu orang. Orang ramai mencari perlindungan di bawah bendera Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), namun tempat ini akhirnya menjadi lokasi kematian, termasuk bagi ramai kanak-kanak,” kata UNRWA dalam kenyataan di platform media sosial X. “Kini tiada tempat yang selamat untuk kanak-kanak di Gaza,” katanya lagi sambil menuntut gencatan senjata segera.
     
    Agensi-agensi PBB memberi amaran mengenai kesan dahsyat kempen ketenteraan berterusan Israel terhadap kanak-kanak Gaza, apabila sekolah, hospital dan rumah dibedil tanpa henti. Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, kebuluran telah meragut kira-kira 266 nyawa rakyat Palestin, termasuk 112 kanak-kanak sejak Oktober 2023, berikutan sekatan semakin ketat dan kekurangan bantuan yang akut. – Bernama
     
    Gambar menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki Palestin bergegas meninggalkan lokasi serangan udara Israel di utara Semenanjung Gaza pada 19 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda