Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 55,000 pendatang haram dihantar pulang

    YANGON, 21 JAN – Kerajaan Myanmar telah menghantar pulang seramai 55,711 pendatang haram ke negara masing-masing antara 5 Oktober 2023 hingga 13 Januari 2025, lapor akhbar harian Myanma Alinn hari ini.

    Siasatan mendapati kebanyakan warga asing yang memasuki Myanmar secara haram menggunakan negara jiran sebagai tempat transit untuk kepentingan peribadi.

    Walaupun mereka adalah pendatang haram, kerajaan menjalankan siasatan mengikut undang-undang sebelum menghantar mereka pulang atas dasar kemanusiaan dan persahabatan antarabangsa, tambah laporan itu.

    Laporan itu juga menyebut bahawa ramai daripada pendatang haram tersebut terlibat dalam penipuan dalam talian dan perjudian di kawasan sempadan.

    Dengan kerjasama organisasi antarabangsa, kerajaan Myanmar secara aktif membongkar dan mengambil tindakan terhadap pendatang haram yang terlibat dalam penipuan dalam talian dan perjudian. – Xinhua

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda