Tuesday, December 3, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 60 ahli parlimen gesa kerajaan UK kenakan sekatan ke atas Israel

    LONDON, 29 NOV – Lebih 60 ahli parlimen Britain daripada tujuh parti politik telah menggesa Setiausaha Luar David Lammy supaya mengenakan sekatan ke atas Israel, atas dakwaan Israel berulang kali melanggar undang-undang antarabangsa.

    Menurut Agensi Anadolu, surat itu dihantar kepada Lammy pada Rabu malam yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bebas, Richard Burgon dan Imran Hussain.

    Surat itu merujuk kepada pendapat penasihat penting Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Julai yang mengisytiharkan pendudukan Israel di wilayah Palestin sebagai tidak sah dan menggesa ia segera ditamatkan.

    Antara pemimpin yang menandatangani surat itu ialah tokoh politik terkenal termasuk bekas Setiausaha Dalam Negeri Bayangan Diane Abbott, bekas Canselor Bayangan, John McDonnell, pemimpin bersama Parti Hijau Carla Denyer dan bekas pemimpin Parti Buruh Jeremy Corbyn.

    Ahli parlimen lain yang mewakili Parti Buruh, Demokrat Liberal, Plaid Cymru dan Parti Kebangsaan Scotland (SNP) turut menyertai gesaan itu. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda