Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 60 ditahan bantah sekatan COVID-19

    LONDON, 29 NOV – Polis London kelmarin menahan lebih 60 individu dalam tunjuk perasaan disertai ribuan orang yang menentang sekatan dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan COVID-19.

    “Terdapat beberapa kesalahan berlainan, termasuk melanggar sekatan koronavirus. Kami menjangkakan bilangan mereka yang ditahan akan bertambah,” jelas polis bandar tersebut dalam halaman twitternya.

    Sementara itu, terdapat video rakaman insiden dimasukkan dalam media sosial yang memaparkan polis dan penunjuk perasaan sedang bertempur di pusat membeli-belah utama di Jalan Oxford, selepas perhimpunan itu melepasi pusat ibu kota.

    Terdahulu, polis menggesa mereka yang berkumpul di Jalan Oxford dan berhampiran Marble Arch supaya bersurai serta pulang ke rumah.

    England ketika ini merancang menguatkuasakan perintah berkurung kedua dalam usaha mengurangkan kadar kebolehjangkitan semasa ge-lombang kedua pandemik COVID-19.

    Di Britain sahaja, lebih 57,000 orang maut akibat COVID-19 sekali gus menjadikannya kadar tertinggi di Eropah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda