Oleh Ak Zaki Kasharan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Beruniform dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) hari ini telah mengadakan kempen derma darah sempena Sambutan Hari Guru ke-33, Tahun 2023.
Sebanyak 64 pain telah dikumpulkan dalam kempen di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan itu yang dibukakan kepada warga kementerian dan orang ramai.
Objektif kempen adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa di samping membantu menambah simpanan tabung darah Hospital RIPAS, Kementerian Kesihatan.
Ia juga sebahagian daripada aktiviti untuk memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru ke-33.


