LABUAN, 28 NOV – Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah merobohkan 67 struktur haram yang telah dikosongkan di Kampung Gersik/Saguking di sini sejak semalam. Ketua Penolong Setiausaha (Pelaburan) MUIS, Putera Aliif Al’ain Jasni berkata MUIS sebagai pemilik tanah telah mengeluarkan notis enam bulan pada 22 Mei lepas, memaklumkan penghuni untuk mengosongkan premis terbabit bagi projek

