Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 600 basikal hilang setiap minggu

    PARIS, 4 JULAI – Sistem perkongsian basikal awam Paris, Velib, kini kehilangan lebih 600 basikal setiap minggu disebabkan penunggang nakal, sekali gus mengancam kelangsungan perkhidmatan tersebut dan menimbulkan kekecewaan dalam kalangan pengguna, menurut pengendali sistem berkenaan kelmarin.

    “Pada masa ini, kami kehilangan 3,000 basikal daripada jumlah keseluruhan kira-kira 20,000 basikal biasa dan elektrik,” kata Sylvain Raifaud, ketua syarikat Agemob yang mengendalikan sistem Velib ketika ini.

    Walaupun vandalisme bukan isu baharu, Raifaud berkata bilangan basikal yang hilang dalam tempoh sebulan kebelakangan ini hampir tiga kali ganda, iaitu mencecah 640 unit seminggu.

    Agemob percaya bahawa pelaku vandalisme telah menemui cara untuk mencabut basikal dari tempat pengunciannya. Mereka kemudian menunggang basikal itu sesuka hati sehingga kunci automatik diaktifkan selepas 24 jam dan pada ketika itu, basikal tersebut akan ditinggalkan.

    “Masalahnya kami tidak tahu di mana basikal itu berada kerana ia tidak dilengkapi cip GPS,” kata Raifaud kepada AFP. – AFP

    Gambar menunjukkan sebuah stesen Velib di Paris di Perancis pada 9 Mei lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda