TRIPOLI, 2 MEI – Lebih 600 migran yang ingin sampai ke Eropah dari Libya telah dihalang sejak Jumaat lalu, kata tentera laut, ketika Pertubuhan Migran Antarabangsa memberi amaran bahawa Libya ‘bukan pelabuhan yang selamat’.
Tiga kumpulan pendatang tanpa izin dipintas di laut Jumaat dan Sabtu oleh pengawal pantai Libya dan unit yang bertugas untuk menjaga pelabuhan, kata angkatan laut dalam satu kenyataan, mereka dibebaskan semalam hingga hari ini.
Dikatakan 638 orang itu kebanyakannya warganegara dari negara-negara Afrika Sahara yang mahu ke Eropah dan mereka dibawa ke pangkalan tentera laut di ibu kota Tripoli sebelum menyerahkan mereka kepada skuad anti-imigran yang dikendalikan oleh kementerian dalam negeri.
Tentera laut mengatakan kumpulan pertama 334 pendatang, yang menaiki empat buah kapal ‘diselamatkan Jumaat lalu.
Dua kumpulan lain, antara 132 dan 172 orang, dibantu secara berasingan pada Jumaat lalu dan semalam.
Tentera laut tidak menyatakan sama ada kapal mereka karam atau mengalami masalah teknikal.
Agensi antarabangsa berulang kali mengecam kepulangan migran ke Libya, kerana keadaan huru-hara di negara itu dan keadaan buruk di pusat tahanan. – AFP