Friday, March 14, 2025
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 6,000 maut kemalangan jalan raya di Vietnam

    HANOI, 30 DIS – Sejumlah 11,448 kemalangan jalan raya berlaku pada tahun ini di Vietnam, membunuh 6,364 orang, membawa kepada kecederaan parah ke atas 4,251 orang dan kecederaan ringan kepada 3,613 orang, menurut Jabatan Trafik Polis hari ini.

    Jumlah kemalangan lalu lintas dan kecederaan ringan berkurangan 0.3 peratus dan 12.1 peratus masing-ma-singnya, manakala jumlah kematian dan kecederaan parah meningkat 9.9 peratus dan 7.9 peratus, berbanding tempoh sama tahun lalu.

    Secara purata dalam 2022, Vietnam menyaksikan 31 kemalangan jalan raya sehari yang meragut 17 nyawa dan mencederakan 22 orang.

    Sejumlah 11,454 kemalangan jalan raya berlaku di negara Asia Tenggara itu dalam 2021, membunuh lebih 5,700 orang dan mencederakan hampir 8,000, menurut Pejabat Statistik Umum Vietnam. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda