GENEVA, 31 Mei – Lebih daripada 600,000 orang telah melarikan diri dari barat Mosul sejak 19 Februari, menurut pengumuman Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), semalam.
Berucap kepada para wartawan di ibu pejabat OCHA di Geneva, jurucakap OCHA, Jens Laerke berkata orang awam terus melarikan diri dari bandar Iraq yang dilanda perang itu, menempuh keadaan berbahaya.
Selain itu, dia bercakap mengenai malapetaka kemanusiaan yang kian menggunung, di mana 180,000 orang kekal terperangkap di kawasan-kawasan di bawah kawalan IS.
Laerke menegaskan bahawa kerajaan Iraq telah menggesa orang awam untuk meninggalkan bandar itu melalui laluan-laluan keluar, selepas tentera Iraq melancarkan satu operasi untuk menawan kembali kawasan penempatan IS selebihnya di bandar tua Mosul pada 26 hingga 27 Mei.
Jurucakap OCHA itu menyatakan bahawa kebanyakan orang Iraq termasuk orang-orang yang kehilangan tempat tinggal dan orang yang terdedah dengan bahaya kekal amat memerlukan bantuan kemanusiaan. – NNN
