NEW DELHI, 27 Dis – Lebih daripada 660 orang nelayan masih hilang sebulan selepas siklon membawa maut, menghentam pesisir laut selatan India dan sebahagian negara jiran Sri Lanka, menurut pihak berkuasa India hari ini.
Siklon Ockhi sudah pun mengakibatkan lebih daripada 250 mati selepas mengganas di Sri Lanka pada 29 November di mana 27 orang dilaporkan mati di sana.
Angin sehingga 130kmsj menumbangkan pokok dan merosakkan infrastruktur elektrik dan telefon serta memusnahkan beribu-ribu kediaman.
Menteri Pertahanan India Nirmala Sitharaman memberitahu parlimen bahawa 661 orang nelayan masih hilang namun tidak mengatakan sama ada mereka dianggap mati.
Seramai 400 daripadanya dari negeri Tamil Nadu dan 261 lagi dari Kerala. Menurutnya, tentera dan perkhidmatan lain sudah pun menyelamatkan 845 orang sehingga 20 Disember lalu. –AFP