Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Lebih 70 pelajar JIS terima sijil khatam

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Seramai 75 pelajar Darjah 6 Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong (JIS) yang berjaya menamatkan pembacaan Al-Quran 30 juzuk telah diraikan pada majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di Pusat Kesenian JIS, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Majlis tersebut merupakan aktiviti tahunan JIS bagi menepati hasrat kerajaan dalam melahirkan generasi celik Al-Quran di samping bagi menjadikan budaya membaca Al-Quran sebagai satu amalan dalam kehidupan seharian.

    Majlis diadakan bagi menggalakkan murid-murid supaya sentiasa membaca Al-Quran dengan betul dan lancar sekali gus memastikan mereka dapat mengkhatamkan Al-Quran sebelum menamatkan persekolahan agama di samping mengeratkan kerjasama serta perpaduan antara ibu bapa atau penjaga, guru-guru dan murid-murid dalam sama-sama mengendalikan majlis-majlis keagamaan di sekolah berkenaan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin diikuti dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Lahab oleh para peserta khatam.

    Manakala, bacaan Takhtim dibacakan oleh para pelajar, dan Doa Khatam pula dibacakan oleh salah seorang peserta khatam, Haji Muhammad Hannan Mustaqeem bin Dato Seri Setia Haji Ahmaddin sebelum diselajurkan dengan penyampaian sijil khatam oleh tetamu kehormat majlis yang diikuti dengan bacaan Doa Selamat.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin semasa menghadiri majlis tersebut.
    Antara ibu bapa dan penjaga pelajar yang diraikan yang hadir pada majlis tersebut.
    Para pelajar JIS yang menyertai majlis khatam Al-Quran tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...