Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 7,000 anggota, 12,000 aset siapsiaga hadapi monsun timur laut

    KUCHING, 29 SEPT – Sarawak kini berada dalam keadaan siapsiaga menghadapi monsun timur laut yang dijangka melanda bermula November hingga Mac 2026, dengan lebih 7,000 anggota barisan hadapan, kira-kira 12,000 aset logistik serta pasukan sukarelawan digerakkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

    Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata seramai 7,407 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi keselamatan dan penyelamat, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), sudah digerakkan.

    “Dari segi aset, kami ada 3,637 aset darat termasuk kenderaan pelbagai guna, 8,619 aset air termasuk bot, serta 14 aset udara seperti helikopter dan dron.

    “Selain itu, seramai 22,428 sukarelawan turut digerakkan sebagai tenaga sokongan di lapangan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut, hari ini.

    Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), berkata kerajaan negeri turut memperkukuh Pasukan Bertindak Kecemasan Komuniti (CERT) yang terdiri daripada jawatankuasa masyarakat di kampung dan rumah panjang bagi mengendalikan tindakan awal sekiranya berlaku bencana di pedalaman. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda