Lebih 7,000 penerbangan terpaksa dibatalkan

NEW YORK, 26 DIS – Lebih 7,000 penerbangan terpaksa dibatalkan di seluruh dunia sepanjang hujung minggu Krismas dan ribuan penerbangan lagi ditangguhkan, menurut laporan dari lawan sesawang penjejakan pada hari ini, kerana varian Omicron yang mudah menular, sekali gus mengecewakan jutaan orang.

Memburukkan lagi keadaan dengan huru-hara perjalanan di Amerika Syarikat ialah cuaca buruk di bahagian barat negara itu disebabkan oleh kerosakan di jalan raya dan laluan lain walaupun ia mungkin membawa hujung minggu Krismas itu ke bandar barat laut, Seattle dan Portland.

Menurut laman sesawang, flightaware.com, lebih dari 2,800 penerbangan telah dibatalkan di seluruh dunia kelmarin, termasuk lebih dari 990 yang berasal dari atau menuju ke lapangan terbang AS, dengan lebih 8,500 penangguhan setakat 5 pagi waktu tempatan.

Pada Jumaat, sekitar 2,400 pembatalan dan 11,000 ditangguhkan, manakala pembatalan hari ini hampir 1,500 dengan lebih dari 1,400 penangguhan turut dilaporkan. – AFP

Lebih 2,800 penerbangan telah dibatalkan dan ribuan penerbangan telah tertunda di seluruh dunia kerana varian Omicron yang menular dengan cepat mengganggu perjalanan percutian. – AFP