Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lebih 80 sertai Bengkel Kaligrafi Turkiye Islam

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Kira-kira 80 orang peserta terdiri daripada anak-anak tempatan dan jemputan khas telah menyertai Bengkel Kaligrafi Turkiye Islam anjuran Kedutaan Republik Turkiye dengan kerjasama Institut Yunus Emre (YEE) di Dewan Sarmayuda Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Lapangan Terbang Lama, Berakas, petang tadi.

    Diketuai oleh ahli-ahli kaligrafi terkenal dunia, Seyit Ahmet Depeler dan Abdurrahim Kahya, bengkel turut dihadiri oleh isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turkiye, Lale Esroy.

    Bengkel berkenaan merupakan bengkel percubaan bagi kursus kaligrafi yang akan diadakan awal tahun depan dengan kerjasama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), YEE dan Pusat Penyelidikan Sejarah, Kesenian dan Kebudayaan Islam (IRCICA) pada 24 Januari, yang mana kursus berkenaan akan diketuai oleh Lale Ersoy.

    Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turkiye ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Prof Dr Hamit Ersoy dalam kenyataan yang dikeluarkan melahirkan perasaan sangat gembira dengan sambutan yang menggalakkan dan teruja untuk bekerjasama dengan Yayasan bagi kursus penuh pada tahun depan.

    “Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan padu DBP dalam sama-sama menjayakan acara pada petang ini, diharap dengan adanya kerjasama ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua belah pihak,” tambah beliau.

    Lale Esroy ketika hadir pada bengkel tersebut bersama ahli-ahli kaligrafi terkenal dunia di Dewan Sarmayuda DBP, Lapangan Terbang Lama, Berakas. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Antara peserta yang hadir pada bengkel tersebut, kelmarin. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Sebahagian daripada kaligrafi yang dipamerkan pada bengkel tersebut. – Gambar oleh Yusrin Junaidi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...