Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 800 suspek scammer diberkas

    YANGON, 1 APRIL – Lebih 800 orang yang disyaki menjadi scammer (penipu) rentas sempadan telah ditahan dalam operasi bersama polis oleh Myanmar dan China, kata kedutaan Beijing di Yangon hari ini.

    Sindiket penipuan telah berkembang pesat di Myanmar, dikendalikan oleh rakyat dari China dan negara lain yang sering dipaksa bekerja untuk menipu rakan senegara mereka dalam industri yang dikatakan penganalisis bernilai berbilion-bilion dolar.

    Beijing, sekutu utama dan pembekal senjata bagi junta Myanmar telah berulang kali meminta tentera untuk membanteras operasi sedemikian.

    Penguat kuasa undang-undang China memberikan input kepada rakan sejawatan mereka di Myanmar, yang melancarkan serbuan di sekitar bandar Muse, hab perdagangan utama di utara negeri Shan, kata kedutaan itu di saluran WeChatnya.

    Polis Myanmar menahan 807 orang ‘yang melakukan jenayah rentas sempadan’ dan merampas komputer, telefon bimbit dan ‘skrip penipuan’, katanya dalam satu kenyataan.

    Gambar Canva

    Antara yang ditahan ialah 352 warga China, yang telah dipindahkan ke China kelmarin, menurut kenyataan itu.

    Bakinya adalah warga Myanmar, tambahnya. Pihak junta belum mengulas mengenai serbuan itu.

    Tahun lalu, pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkata kira-kira 120,000 orang telah ditahan dalam sindiket penipuan di Myanmar.

    Ramai yang ditempatkan di bandar Laukkai di timur laut negeri Shan, yang sejak itu telah ditawan oleh pakatan kumpulan bersenjata etnik minoriti. Perikatan itu berkata ia akan menghapuskan sindiket penipuan tersebut.

    Lebih 40,000 orang yang disyaki terlibat dalam penipuan siber di Myanmar telah diserahkan kepada China tahun lepas, menurut media negara China. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda