Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 80,000 bantah cadangan kerajaan Netanyahu

    TEL AVIV, 15 JAN – Lebih 80,000 orang mengadakan protes membantah cadangan kerajaan Israel yang dipimpin perdana menteri, Benjamin Netanyahu berhubung pembaharuan badan kehakiman, lapor agensi Anadolu.

    Polis memaklumkan orang ramai mengadakan tunjuk perasaan di Dataran Habima selama dua hari Sabtu berturut-turut. Beberapa ahli politik pembangkang termasuk Bekas Menteri Pertahanan, Benny Gantz turut menyertai tunjuk perasaan itu.

    Beribu-ribu penunjuk perasaan turut berkumpul di hadapan Kediaman Presiden di Baitulmaqdis Barat dan kediaman rasmi Netanyahu.

    Perubahan yang dicadangkan akan mengehadkan kuasa Mahkamah Agung Keadilan, memberi kerajaan kuasa untuk memilih hakim dan menamatkan pelantikan penasihat undang-undang ke kementerian oleh Peguam Negara. – Bernama

    Penunjuk perasaan mengadakan protes di Tel Aviv, Israel, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda