Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 80,000 kanak-kanak dijangkiti COVID-19

    PUTRAJAYA, 31 MEI – Malaysia merekodkan seramai 82,341 kanak-kanak dan anak damit dijangkiti COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

    Daripada jumlah itu, katanya 19,851 kes melibatkan golongan berusia daripada 0 hingga 4 tahun, 8,237 (5 hingga 6 tahun), 26,851 (7 hingga 12 tahun) serta 27,402 (13 hingga 17 tahun) dan mereka adalah pesakit COVID-19 kategori 1, 2 dan 3.

    “Tiada yang di ICU (unit rawatan rapi),” katanya dalam sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, hari ini. Bimbang dengan statistik tersebut, Dr Adham menasihatkan ibu bapa atau penjaga untuk bertanggungjawab melindungi golongan berkenaan daripada dijangkiti seperti tidak membawa anak-anak mereka ke tempat yang sesak. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda