Monday, December 16, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 80,000 kematian lemas dicatat setiap tahun di Pasifik Barat

    MANILA, 15 DIS – Sekurang-kurangnya 84,000 kematian akibat lemas dicatat setiap tahun di rantau Pasifik Barat, dengan sebahagian besar melibatkan kanak-kanak dan golongan muda, menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dikeluarkan kelmarin.

    Menurut WHO Pasifik Barat, lemas kini menjadi punca utama kematian bagi kanak-kanak berumur lima hingga 14 tahun di rantau itu.

    “Berbanding dengan kawasan lain di dunia, Pasifik Barat menanggung beban tertinggi kematian akibat lemas, yang merangkumi 30 peratus daripada jumlah global,” kata Pengarah Serantau WHO bagi Pasifik Barat, Saia Ma’u Piukala.

    WHO kelmarin telah melancarkan laporan pertama bertajuk Laporan Status Global 2024 Mengenai Pencegahan Lemas, yang menyoroti cabaran global berkaitan lemas dan menyediakan strategi untuk tindakan pencegahan. Laporan itu menunjukkan Pasifik Barat dan Asia Tenggara mencatatkan jumlah kematian akibat lemas tertinggi, masing-masing sebanyak 84,000 dan 83,000 kematian, manakala rantau Afrika mencatat kadar kematian tertinggi iaitu 5.6 bagi setiap 100,000 penduduk.

    Laporan itu, yang berdasarkan advokasi dan bukti selama dua dekad mengenai pencegahan lemas, memperincikan skala kematian global akibat lemas serta kemajuan yang dicapai dalam usaha mengurangkan kejadian tersebut di seluruh dunia.

    Laporan itu turut menunjukkan bahawa kadar kematian akibat lemas menurun sebanyak 38 peratus antara tahun 2000 dan 2021. – Xinhua

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda