Sunday, June 23, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    Lebih 842,000 kenderaan dijangka keluar dari metro Jakarta sempena Aidiladha

    JAKARTA, 14 JUN – Kira-kira 842,227 kenderaan dijangka keluar dari kawasan metropolitan Jakarta, Bogor, Tangerang dan Bekasi, yang dikenali sebagai Jabotabek, mulai hari ini hingga Selasa depan sempena sambutan Aidiladha, menurut pengendali lebuh raya PT Jasa Marga.

    Jasa Marga menjangkakan peningkatan ketara dalam jumlah trafik yang keluar dari kawasan Jabotabek, dengan peningkatan dijangka 25.53 peratus berbanding trafik biasa, mencapai jumlah keseluruhan 670,913 kenderaan.

    Peningkatan trafik dijangka bermula dari Tol Cikupa, menuju ke Merak di Banten dan memudahkan perjalanan ke Pulau Sumatera serta dari Tol Ciawi, trafik meningkat menuju Puncak di Bogor, Jawa Barat, kata jurucakap Faiza Riani dalam satu kenyataan hari ini.

    Tol Cikampek menghubungkan ke Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur manakala Tol Kalihurip menghubungkan ke Bandung, Jawa Barat, tambahnya.

    “Kenderaan yang keluar dari Jabotabek, hampir separuh atau 48.63 peratus dijangka menuju ke Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur manakala 28.47 peratus dijangka menuju ke arah Merak, menghala ke Pulau Sumatera dan 22.91 peratus ke arah Puncak di Bogor,” katanya.

    Beliau berkata peningkatan trafik keluar mungkin berlaku pada Sabtu, dengan anggaran 195,966 kenderaan, menandakan peningkatan ketara 32.94 peratus berbanding jumlah trafik biasa. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia bantu tingkat kesediaan penyakit serantau

    CANBERRA, 21 JUN – Agensi sains kebangsaan Australia akan membantu negara-negara di Pasifik dan Asia Tenggara agar lebih bersedia menghadapi wabak penyakit, umum kerajaan...