Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 850 jalani pengasingan diri

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Tiada kes jangkitan baharu COVID-19 dicatatkan di Negara Brunei Darussalam setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal seramai 185 orang dengan hanya satu kes aktif sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

    Kes terakhir jangkitan tempatan adalah pada 6 Mei 2020 iaitu 295 hari yang lalu, di mana jumlah kes import sejak kes jangkitan terakhir tempatan dilaporkan ialah sebanyak 44 kes.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan mengenai situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada hari ini turut mengongsikan bahawa seramai 861 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala seramai 13,443 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

    Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 447 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 99,926 ujian.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda