Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Lebih $85j diperuntukkan untuk KKBS

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bagi Tahun Kewangan 2024/2025 diperuntukkan sebanyak $85,276,630 di mana KKBS terus berusaha dengan kerjasama senegara untuk mencapai matlamat Bangsa Brunei Cemerlang ke arah Wawasan Brunei 2035.

    Peruntukan itu dibentangkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad dalam mukadimahnya semasa pembentangan peruntukan KKBS Tahun Kewangan 2024/2025 pada Persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang berlangsung di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, hari ini.

    Beliau menghuraikan lima fokus strategi sebagai pelengkap kepada usaha kementerian meneruskan pelaksanaan Pelan Strategik KKBS bagi Tahun Kewangan 2024/2025 yang berteraskan kepada usaha pengupayaan, pemerkasaan dan penglibatan (3P).

    Strategi pertama, dalam bidang kemasyarakatan, usaha terus dilaksanakan untuk terus mengembang maju masyarakat cemerlang, bersatu padu, resilient dan pemedulian, yang menumpukan kepada membasmi kemiskinan serta sosioekonomi golongan-golongan sasaran.

    Sejumlah $23.6 juta diperuntukkan bagi program mengembang majukan masyarakat progresif termasuk penambahbaikan prasarana dan kemudahan yang merangkumi $12.9 juta bagi bantuan, geran, pemindahan dan subsidi.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi semasa Persidangan MMN ke-20. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    Strategi kedua, dalam bidang kebeliaan, usaha terus dilaksanakan bagi menjana belia harapan yang berwawasan sebagai peneraju pembangunan negara, yang menumpukan kepada mempertingkatkan dua bidang iaitu pembentukan jati diri dan modal insan dalam kalangan belia.

    Bagi usaha itu, Yang Berhormat Dato menyatakan sejumlah $11.2 juta diperuntukkan bagi Program Melahirkan Belia Harapan yang Berwawasan termasuk penambahbaikan prasarana dan kemudahan merangkumi $3 juta bagi Program Pembangunan dan Keusahawanan Belia, $2.1 juta bagi Program Pengukuhan Jati Diri dan Menjana Modal Insan serta $5 juta bagi Program Pengupayaan Belia.

    Strategi ketiga, dalam bidang kesukanan, pihak kementerian akan terus memantapkan pengukuhan ekosistem sukan supaya lebih inklusif dan cemerlang di mana ia menumpukan kepada sukan prestasi tinggi dan sukan untuk masyarakat.

    Bagi usaha itu, sejumlah $16.7 juta diperuntukkan bagi program mengukuhkan lagi ekosistem sukan yang merangkumi $7.8 juta bagi pemeliharaan prasarana dan aset, $2.1 juta bagi memantapkan sukan prestasi tinggi iaitu $700,000 bagi pembangunan persatuan-persatuan sukan serta $1.8 juta bagi pembangunan keupayaan atlet dan jurulatih secara keseluruhan.

    Strategi keempat, dalam bidang kebudayaan, KKBS terus meningkatkan pelestarian budaya, warisan dan sejarah yang menumpukan kepada mendaulatkan bahasa Melayu, tulisan Jawi dan penerapan budaya, warisan serta sejarah.

    Sejumlah $26.5 juta telah diperuntukkan bagi Program Mengukuhkan Jati Diri dan Patriotisme termasuk Program Pembinaan, Penerapan dan Penghayatan Warisan, Budaya dan Sejarah serta penambahbaikan prasarana dan kemudahan yang merangkumi $2.2 juta bagi mengukuhkan kegiatan bahasa, sejarah dan seni budaya, $7.7 juta bagi bahasa, sastera dan perpustakaan dan $3.4 juta bagi mengukuhkan penyelidikan, pendokumentasian dan pemeliharaan bahasa, sejarah dan budaya.

    Strategi kelima, KKBS terus berusaha memastikan perkembangan sistem dan proses yang efisien, efektif dan tepat pada masa, yang menumpukan kepada meningkatkan pengoptimuman sumber dan pembangunan sektor-sektor di bawah kementerian termasuk pengurusan aset bagi menambah baik kecekapan operasi, produktiviti dan pulangan pelaburan.

    Bagi itu, sejumlah $7.2 juta diperuntukkan bagi Program Peningkatan Kemahiran, Pengoptimaan Penggunaan Teknologi Digital dan penambahbaikan prasarana serta kemudahan yang merangkumi $504,000 bagi program Pembangunan Sumber Manusia dan $1.8 juta bagi Program Pengurusan Aset.

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...