Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 90 hadiri Majlis Ceramah Khas Sambutan Awal Hijrah

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Lebih 90 orang terdiri daripada jawatankuasa takmir, jawatankuasa Muslimah, ahli belia dan beliawanis serta penduduk kampung menghadiri Majlis Ceramah Khas Sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1439 anjuran ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Batu Marang di masjid berkenaan malam tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Kampung Batu Marang, Haji Maidin bin Tarip yang juga selaku penasihat jawatankuasa takmir.

    Manakala, penceramah undangan ialah Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak seorang penceramah bebas bertauliah dari Majlis Ugama Islam Brunei.

    Tetamu kehormat bergambar ramai bersama penceramah undangan dan mereka yang hadir.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda