Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lebih 90 pendatang lemas di Mediterranean

    KAHERAH, 3 APRIL – Lebih 90 penumpang yang bersesak dalam bot, mati lemas di Lautan Mediterranean, menurut kumpulan kemanusiaan yang terkenal, dalam tragedi terbaharu melibatkan pendatang yang datang dari Utara Afrika untuk mencari kehidupan lebih baik di Eropah.

    Kumpulan Doktor Tanpa Sempadan lewat kelmarin berkata pendatang berada dalam sebuah kapal dan meninggalkan Libya minggu lalu.

    Ia masih tidak jelas dengan tepat di mana bot itu ditimpa masalah, kata Juan Matias Gil, ketua misi kumpulan.

    Kumpulan, yang turut dikenali dengan singkatan MSF, berkata kapal tangki minyak menyelamatkan empat pendatang awal kelmarin di perairan antarabangsa.

    Mangsa yang terselamat melaporkan mereka berada di atas bot bersama kira-kira 100 lagi pendatang.

    MSF berkata kapal tangki minyak itu tidak memberikan respons kepada panggilannya untuk tidak memulangkan pendatang tersebut ke Libya, di mana “mereka berkemungkinan besar ditahan, didera dan diberikan layanan buruk.”

    Kumpulan itu menggesa Itali dan Malta untuk ‘menyediakan tempat selamat untuk mangsa yang terselamat sebelum ia terlambat’.

    Ia juga menyeru untuk agensi perlindungan sempadan Kesatuan Eropah (EU), Frontex dan agensi EU lainnya untuk mendedahkan butiran kejadian. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...