Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 900 mayat pendatang ditemukan di perairan Tunisia dalam tempoh enam bulan

    TUNIS, 27 JULAI – Lebih 900 mayat pendatang tanpa izin ditemukan di pantai Tunisia dalam tempoh enam bulan, kata Menteri Dalam Negeri, Kamel Feki kelmarin, lapor Sputnik.

    “Antara 1 Januari dan 20 Julai, sebanyak 901 mayat dijumpai. Sebanyak 26 daripadanya warga Tunisia, 267 warga asing dan 608 tidak dikenali,” kata Feki pada mesyuarat mengenai usaha memerangi penghijrahan secara haram.

    Beratus-ratus pendatang dari Afrika Sub-Sahara mahu menuju ke Itali melalui Tunisia dan Libya, dengan berpuluh-puluh daripada mereka mati lemas.

    Laporan mengenai pendatang maut di laut telah meningkat mendadak dalam beberapa bulan kebelakangan ini. – Bernama

    Menurut Feki, pendatang-pendatang tersebut mahu menuju ke Itali melalui Tunisia dan Libya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda