Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 9,000 diusir sejak 2021

    KUALA LUMPUR, 29 MAC – Jabatan Imigresen Sabah mengusir sejumlah 9,938 pendatang tanpa izin daripada empat depot tahanan di negeri itu ke negara asal sejak 2021 hingga 27 Mac lepas.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata ia membabitkan 2,497 pendatang tanpa izin pada 2021; 5,450 pendatang tanpa izin (2022) serta 1,991 pendatang tanpa izin bagi tempoh 1 Januari hingga 27 Mac tahun ini.

    “KDN mempergiat usaha pengusiran tahanan ke negara asal dengan mengadakan rundingan berkala dengan pihak Kedutaan Filipina dan Indonesia bagi mempercepat proses penghantaran pulang tahanan ke negara asal,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau menjawab soalan Lo Su Fui (GRS-Tawau) yang mahu tahu tindakan diambil terhadap pendatang tanpa izin di Sabah khususnya di Tawau yang banyak menimbulkan gejala sosial dan keselamatan sehingga meresahkan penduduk setempat.

    Shamsul Anuar berkata statistik Jabatan Imigresen Sabah sehingga 27 Mac menunjukkan, terdapat 4,655 pendatang tanpa izin yang ditahan di empat depot imigresen di Sabah iaitu di Papar, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. – Bernama

    Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda