Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Lebih 9,000 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sejak 7 Oktober

    RAMALLAH, 4 JULAI – Jumlah rakyat Palestin yang ditahan sejak bermulanya serangan Israel di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lepas, telah meningkat kepada 9,520 orang, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin serta Persatuan Tahanan Palestin (PPS).

    Kedua-dua organisasi itu dalam satu kenyataan bersama memaklumkan bahawa angka berkenaan termasuk mereka yang ditahan dari rumah melalui pos kawalan tentera, mereka yang terpaksa menyerah diri di bawah tekanan dan mereka yang ditahan sebagai tebusan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

    Menurut kenyataan itu, tentera pendudukan Israel telah menahan sekurang-kurangnya 10 orang dari Tebing Barat, termasuk seorang wanita dari Tulkarm sejak kelmarin. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...