Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Negara Brunei Darussalam hari ini telah mencatatkan sekitar 93.8 peratus atau 403,405 orang yang telah menerima satu dos vaksin COVID-19, hari ini, setelah seramai 3,170 lagi menerima suntikan vaksin kelmarin (29 November).
“Manakala, 347,773 orang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 iaitu 80.9 peratus daripada jumlah penduduk negara dalam Program Vaksinasi Kebangsaan,” umum Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.
Sehubungan itu, kini negara telah mencatatkan sebanyak 751,178 jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan dos kedua vaksin COVID-19, sejak ia mula diberikan pada 3 April lalu.
Daerah Brunei dan Muara mencatatkan jumlah tertinggi berbanding dengan daerah-daerah lain iaitu sebanyak 481,596 dos, diikuti dengan Daerah Belait (101,463), Daerah Tutong (87,107) dan Daerah Temburong 81,012 dos.