Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 95 peratus rakyat Sudan alami kelaparan

    BRUSSELS, 23 FEB – Peperangan selama 10 bulan yang telah membawa Sudan ke ambang kehancuran, sebahagian besar rakyatnya dibelenggu kelaparan, kata Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), baru-baru ini.

    “Pada ketika ini, kurang daripada lima peratus rakyat Sudan mampu untuk makan tiga kali sehari,” kata Pengarah Sudan WFP, Eddie Rowe, kepada pemberita di Brussels.

    Sejak April lalu, Sudan telah dilanda peperangan antara tentera biasa dan Pasukan Sokongan Pantas separa tentera, yang telah membunuh ribuan orang dan mewujudkan apa yang disebut oleh PBB sebagai ‘krisis perpindahan terbesar di dunia’.

    Sejumlah 10.7 juta orang telah tersingkir akibat peperangan sekarang dan konflik sebelumnya, menurut PBB.

    Sembilan juta orang masih kehilangan tempat tinggal di Sudan, di mana Rowe berkata ‘konflik yang berterusan, hasil keluaran terjejas dan risiko perpindahan yang berleluasa dan konsisten menjerumuskan jutaan orang lagi ke dalam krisis kemanusiaan yang semakin teruk.”

    Di seluruh Sudan, yang dikatakan oleh WFP telah pun berdepan salah satu krisis makanan terburuk di dunia sebelum peperangan, 18 juta orang berdepan krisis makanan yang tidak terjamin.

    Daripada jumlah itu, Rowe berkata ‘hampir lima juta berada di ambang malapetaka,’ mengalami salah satu daripada klasifikasi kecemasan terburuk yang digunakan oleh WFP, kedua selepas kebuluran. – AFP

    Orang ramai menaiki trak ketika meninggalkan Khartoum, Sudan, pada 19 Jun 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda