COLOMBO, 23 OKT – Lebih 9,500 penduduk Sri Lanka terjejas akibat hujan lebat berterusan di beberapa wilayah, menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC), kelmarin.
DMC memaklumkan seramai 9,542 orang daripada 2,395 keluarga terjejas setakat ini, dengan empat kematian dilaporkan, manakala 422 rumah mengalami kerosakan.
Jabatan Meteorologi Sri Lanka menjangkakan hujan lebat akan terus melanda beberapa wilayah kelmarin dan menasihatkan penduduk di kawasan berhampiran sungai supaya kekal berwaspada.
Negara itu dilanda hujan lebat sejak beberapa hari lalu. – Bernama


