Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih AS$500 juta bantu pengusaha penternak

    MONTREAL, 29 NOV – Kanada kelmarin mengumumkan bantuan sebanyak AS$531 juta kepada pengusaha penternak yang mengalami kerugian disebabkan oleh perjanjian perdagangan bebas dengan negara-negara Eropah dan Asia Pasifik.

    Kanada mengawal pengeluaran dan harga telur, ayam itik dan susu melalui kuota tahunan dan cukai import – sistem yang dianggap sebagai pelindung oleh rakan perniagaannya dari luar negara.

    Berikutan dengan perjanjian bebas antara Kesatuan Eropah (CETA) dan beberapa negara Asia Pasifik (TPP), Ottawa telah bersetuju untuk membuka lebih jauh pasarannya kepada pengeluar asing, yang sekali gus telah mencetuskan kemarahan kepada petani Kanada.

    Dengan mengumumkan pelanggaran sistem pengurusan bekalan ini, yang dijalankan sejak tahun 1970an, kerajaan Perdana Menteri Justin Trudeau telah berjanji bahawa pampasan akan dibayar kepada penternak. Bantuan persekutuan kepada sekitar 4,800 pengusaha penternak akan berlanjutan selama 10 tahun, kata Marie-Claude Bibeau, Menteri Pertanian dan Agri-Makanan.

    Bibeau juga mengumumkan pengeluaran dana Can$1.75 bilion yang dijanjikan pada tahun 2019 dengan kadar segera untuk memberi pampasan kepada petani tenusu selama lapan tahun.

    Lebih daripada 10,000 petani telah menerima bantuan dalam peruntukkan sebanyak Can$345 juta tahun lalu.

    Baki Can$1.4 bilion akan dibayar kepada mereka selama tiga tahun akan datang. Bibeau memetik contoh pembayaran, mengatakan pemilik ladang 80 ekor lembu akan menerima pampasan sekitar AS$38,000 setahun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda